2011年4月6日星期三

macam-macam « IKRAM Wales & South West

Salam

Adik-adik yang dimuliakan Allah. Semoga antum dalam keadaan yang baik selalu. Minggu-minggu yang semakin hampir dengan exam dan course work yang menimbun memang boleh menyebabkan kita tenggelam dan lemas dalam dunia akademik. Sama-samalah kita sentiasa perbaharui niat semoga usaha dan kerja keras kita dalam pelajaran di kira sebagai ibadah oleh Allah swt.

Mungkin antum pun mengikuti sedikit sebanyak perkembangan negara kita. Macam-macam… Antaranya terkini isu video seks yang dikaitkan dengan ketua Pakatan Rakyat dan pegawai kastam yang mati terjun bangunan yang masih dalam siasatan kes rasuah. Sebenarnya masih banyak lagi yang berlaku di negara kita kalau kita nak ambil tahu. Runsing dan bimbang membacanya… apalah nak jadi dengan negara kita ni. Ya Allah selamatkan lah kami semua daripada fitnah dunia ini.

Adik-adik yang dikasihi fillah.  Dalam seerah kita belajar, bagaimana Rasulullah pernah mengalirkan air mata kerana merindui Makkah semasa baginda masih di Madinah. Rasulullah juga sebelum diangkat menjadi nabi dan rasul turut merasa runsing dan sedih memikirkan keadaan umat Makkah masa itu yang hidup dalam kejahilan, hingga Baginda beruzlah ke gua hira. Ini contoh yang perlu kita pupuk dalam diri kita bersama, iaitu bagaimana Rasulullah begitu kasihkan ummat dan negara tanah tumpah darahnya.

Jadi kita sayang tak kat Malaysia… ke kita tak kisah. Asalkan kita cukup makan, cukup pakai, belajar rajin-rajin dapat degree dapat kerja cukup lah! Kalau ini sahaja pemikiran kita, kesian betul. Boring hidup kalau sekadar itu. Ikhwah akhawat adik-adik yang dirahmati Allah. InsyaAllah potensi kita lebih daripada itu. Soalnya nak buat apa… belajar pun tak habis lagi. Belajar tu memang tanggung jawab yang kita kena usahakan dengan sebaik mungkin. Tiada persoalan. Namun ia tidak menutup ruang untuk kita melakukan perubahan.

Perubahan yang besar bermula dari pembaikan diri dahulu. Pastikan diri kita dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan juga iman. Pastikan kita sentiasa beramal dengan akhlak Islami dan jagalah hubungan hati kita dengan Allah kerana dari Allah kita datang dan kepada Allah kita semua akan kembali. Pada masa yang sebarkan dan ajaklah manusia kepada kebaikan dan keluasan Islam. Caranya…. apa saja asalkan tidak melanggar syara'. Kita harus berusaha untuk mewujudkan suasana yang soleh dominon dalam masyarakat. Pada masa ini perkara-perkara mungkar adalah suatu yang aneh dan dipandang jelek oleh manusia. Kita nak wujudkan keadaan di mana masyarakat sendiri nak kan kebaikan dan bencikan kemungkaran.

Mungkin sekadar ini dulu coretan ringkas semoga ada manfaatnya.

Wallahu'alam.

SS

 

 

没有评论:

发表评论