2011年4月29日星期五

Kazaf : Hudud atau Ta’zir? « Aburedza

Pekara 38: KAZAF

1.  Ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya. (Nihayah al-Muhtaj: 7/139)

2. Qazaf dalam jinayah syar`iyah terbahagi kepada dua bahagian:

a. Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorang menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil. b. Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman ta`zir, seperti seseorang menuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arak atau murtad dan sebagainya, termasuk mencaci, memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkan maruah seseorang dan menghinanya. (Hukuman ta`zir maksudnya ialah bentuk hukuman itu diserah kepada kebijaksanaan kerajaan atau pemerintah; samada nak denda, nak penjara, atau nak macamana ka, terpulang kepada kebijaksanaan pemerintah.)

Pekara 39: Hukum Qazaf

Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil, hukumnya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar dan wajib dikenakan hukuman had qazaf (sebat) sebanyak 80x sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya, kerana dia adalah orang yang fasiq. Firman Allah swt yang bermaksud,

"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka 80x sebat, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya, kerana mereka itu adalah orang-orang yang fasiq." (Surah an-Nur:4)

Pekara 40 : Penuduh yang boleh dikenakan hukuman had qazaf.

 1.Seseorang yang menuduh seseorang yang lain berzina yang boleh dikenakan hukuman had qazaf ke atasnya adalah tertakluk di bawah 5 syarat:

Berakal

Baligh

Kemahuan sendiri

Mengetahui haramnya qazaf

Bukan ibubapa dan datuk hingga ke atas kepada orang yang dituduh

2. Jika orang yang menuduh itu gila atau kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf ke atas mereka. Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari; mafhumnya,

"Allah tidak akan menyiksa 3 golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya, dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gilanya." (Riwayat Bukhari dalam al-Sahih)

3. Seseorang yang dipaksa untuk membuat tuduhan (bukan dengan kemahuannya sendiri) menuduh seseorang yang lain berzina, tidak boleh juga dikenakan hukuman had qazaf ke atas mereka. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud,

"Allah mengangkatkan (menghapuskan) dosa umatku yang tersilap dan terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan." (HR Tabrani dari sanad yang sahih).

4. Kanak-kanak yang belum baligh dan telah mumaiyiz yang menuduh seseorang berzina tidak boleh dikira sebagai kesalahan qazaf yang boleh dikenakan hukuman had qazaf, tetapi kanak-kanak yang telah mumaiyiz itu wajib dikenakan ke atasnya hukuman ta`zir.

5. Orang yang tidak mengetahui haram qazaf tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf ke atasnya, kerana di antara syarat-syarat orang yang menuduh seseorang itu berzina yang boleh dikenakan hukuman had qazaf yang disebutkan dalam perkara 40 (iv) ialah orang yang mengetahui haram qazaf itu.

6. Jika seorang bapa atau ibu menuduh anaknya berzina, atau datuk hingga ke atas menuduh cucunya melakukan zina, mereka itu tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf sebagaimana yang disebutkan dalam perkara 40 (v).

Petikan:

Qanun Jinayah Syariah Dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam Berdasarkan Quran Dan Hadis

Atau boleh di baca di:

http://alkhatab.tripod.com/id1.html

- di Post dari INTIKMA Resort Shah Alam

 

没有评论:

发表评论